RA' TARQIQ

H ukum ra’ adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra’ dalam bacaan; sama ada tebal (tafkhim), tipis (tarqiq) atau harus dua wajah (boleh ditebalkan atau ditipiskan).

Empat keadaan huruf ro ر yang mesti ditipiskan:
1. Huruf ر berbaris kasrah dan huruf رّ bersabdu berbaris kasrah.
2. Huruf ر sukun dan huruf sebelumnya berbaris kasrah.
3. Huruf ر sukun kerana diwaqafkan dan sebelumnya huruf sukun dan sebelumnya pula huruf berbaris kasrah.
4. Huruf ر diwaqafkan dan sebelumnya huruf يْ sukun.