WAJIB ISYMAM ATAU RAUM

K alimah pada ayat 11 Surah Yusuf wajib dibaca dengan salah satu dari dua wajah berikut:
1. Isymam berserta idgham.                  2. Raum

Isymam bererti memuncungkan dua bibir dengan ada ruang di antaranya untuk melepaskan udara tanpa mengeluarkan suara selepas mematikan sesuatu huruf untuk memberi isyarat bahawa baris asal huruf tersebut itu adalah dhommah. Manakala idgham pula memberi isyarat bahawa pada asalnya, terdapat dua huruf nun pada kalimah tersebut.
تأَمَنُنَا
Raum pula bererti melemahkan suara huruf tersebut (huruf nun kedua dalam kalimah di atas); sebahagian besar suara huruf itu akan lenyap dan didengari oleh orang-orang yang berhampiran sahaja.

KEDUA-DUA CARA BACAAN INI HENDAKLAH DIAMBIL SECARA TALAQQI DARI GURU.
Lihat bagaimana cara bacaan isymam dan raum.