HUKUM-HUKUM MAD

M
AD bererti memanjangkan suara pada huruf-huruf mad atau lin.

Huruf-huruf mad ada tiga:
i.        Alif ( ا ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah 
ii.     Wau ( و ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris dhommah 
iii.   Ya’ ( ي ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris kasrah 

وَأُوتِينَا           أُوذِينَا             نُوحِيهَآ

Huruf-huruf lin ada dua:
1.     Wau ( و ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah    خَوۡفِۢ
2.     Ya’ ( ي ) sakinah, sebelumnya huruf berbaris fathah     ٱلۡبَيۡتِ
Hukum mad terbahagi kepada dua jenis: 
  1. Mad Asli - iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.
  2. Mad Fari’e - iaitu mad yang cabang atau tambahan; iaitu mad yang mempunyai sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.