IKHFA' HAQIQI

I khfa' haqiqi  : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan idgham; tanpa sabdu berserta dengung pada huruf yang pertama.

Huruf-hurufnya:   
ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك

Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.

Cara bacaan:
Meletakkan lidah berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya; sebahagian besar suara didengungkan dan sebahagian kecil suara keluar daripada mulut.
Melainkan huruf ك dan ق yang didengungkan sepenuhnya kerana makhraj kedua huruf tersebut tertutup rapat.
Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut.
Lafaz ikhfa’ yang fasih akan menghasilkan bunyi dengung yang berbeza mengikut makhraj huruf yang berikutnya dan pendengar dapat mengetahui apakah huruf yang bakal disebut.
Dengung hendaklah ditipiskan apabila bertemu huruf-huruf istifal.
مَن جَآءَ
أَنفُسَهُمۡ
مِن ثَمَرَةٖ
أُنزِلَ
وَأَنتُمۡ
عَشَرَةٞ كَامِلَةٞۗ
بَٰسِطٞ ذِرَاعَيۡهِ
بِعِجۡلٖ سَمِينٖ
كَوۡكَبٞ دُرِّيّٞ
عَبۡدٗا شَكُورٗا
Dengung hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti’la’ yang berbaris fathah atau dhommah.
مِن قَبۡلِكَ
مَّنضُودٖ
صَرۡصَرٍ بِرِيحٖ
وَٱنظُرۡ
أَن طَهِّرَا
Sekiranya huruf isti’la’ itu berbaris kasrah, tahap dengung adalah pada kadar sederhana.
أَنصِتُواْۖ           مِن قِطۡمِيرٍ         فَإِن طِبۡنَ         ذُرِّيَّةٗ ضِعَٰفًا
Contoh: