IZHAR MUTLAQ

I zhar Mutlaq : Apabila nun sakinah bertemu dengan huruf-huruf idgham dalam satu perkataan, maka nun sakinah tersebut hendaklah dizahirkan sebutannya. 

Hukum ini hanya berlaku pada empat perkataan sahaja. 

ٱلدُّنۡيَاۖ              قِنۡوَان                صِنۡوَانٞ          بُنۡيَٰنَهُۥ

Ini bermaksud untuk memelihara makna asal perkataan-perkataan tersebut yang mungkin berubah sekiranya dibaca dengan hukum idgham.

Tanda sukun di atas nun sakinah menunjukkan bahawa nun tersebut hendaklah dijelaskan sebutannya.