WAQAF PADA AKHIR PERKATAAN

T erdapat 3 cara untuk berhenti di akhir perkataan:

1. Sukun Mahadh
Mematikan huruf akhir iaitu membunyikan suara huruf akhir itu tanpa baris.
Bagi perkataan yang diakhiri dengan huruf mad, hendaklah dikekalkan suara panjang mad tersebut.
Taha:8
Bagi perkataan yang diakhiri dengan sabdu, hendaklah dikekalkan sifat-sifat huruf akhir tersebut; seperti sifat-sifat qalaqalah, hams, jahar, syiddah, ghunnah atau taqrir dan juga sifat tebal atau tipis huruf tersebut.
2. Raum
Melemahkan suara huruf terakhir itu; dengan meninggalkan sebahagian besar harakat huruf itu dan didengari oleh orang-orang yang berhampiran sahaja.

Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau kasrah sahaja. Sekiranya huruf akhirnya bertanwin, maka bunyi nun dihilangkan dan diwaqafkan dengan sebahagian harakat sahaja.

Tidak berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad kerana hukum raum menyerupai hukum wasal (dibaca 2 harakat sahaja).
AlFatihah:4-5
AlQamar:53-54
3. Isymam
Memuncungkan dua bibir dengan ada ruang di antaranya untuk melepaskan udara tanpa mengeluarkan suara selepas mematikan huruf yang terakhir.

Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau dhommatain sahaja. Berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad.
AlFatihah:5
AlBaqarah:25
Perhatian:
1. Sebutan raum dan isymam hendaklah dikuasai dengan mempelajarinya dengan kaedah talaqqi musyafahah.
2. Perkataan ta’ marbutah hanya harus diwaqafkan dengan sukun mahadh sahaja.
AlHaqqah:1-2
3. Raum dan isymam tidak berlaku pada mim jama' dan harakat aridhah (baris mendatang).
4. Terdapat perselisihan pendapat sama ada ha’ dhamir boleh diwaqafkan dengan raum dan isymam. Oleh itu lebih selamat jika ha’ dhamir diwaqafkan dengan sukun mahadh.