MAD SILAH SUGHRA

M ad Silah Sughra Iaitu mad asli yang berlaku ketika menyambungkan bacaan.

Silah bererti sambung; sughra pula bererti kecil. Berlaku pada huruf ha’ dhamir yang terletak di antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya.

Dibaca dengan 2 harakat ketika wasal dan disukunkan ketika waqaf.
  بِهِۦ بَصِيرٗا         إِنَّهُۥ كَانَ
Dapat dikenali dengan adanya tanda wau kecil (و) atau ya kecil   selepas huruf ha’ dhamir.