Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan sahaja.
Huruf-hurufnya: ﺮ ﻞ
Tanda-tanda bacaan:
Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari. Terdapat tanda sabdu pada huruf ﺮ atau ﻞ yang berikutnya.
Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara huruf ra’ atau lam tidak dipanjangkan untuk mengelakkan suara dengung.
Contoh:
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf ن م ﺮ dan ﻞ kerana tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf ن م ﺮ dan ﻞ menunjukkan hukum idgham kamil.
Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf ي dan و kerana masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf ي dan و.