MAD ASLI MUTLAQ

M ad asli   : Iaitu mad asal yang ada pada satu-satu kalimah dan tidak terikat dengan sebarang sebab untuk memanjangkannya seperti bertemu dengan huruf hamzah atau sukun.

Sekiranya huruf mad tersebut dibaca kurang atau lebih daripada 2 harakat, sama ada ia akan berubah makna atau tidak mempunyai sebarang makna.

Dikenali juga sebagai mad tabi’e kerana menjadi tabiat orang Arab menyebutnya dengan 2 harakat (tidak lebih atau kurang).

Mad Asli Mutlaq
Mad Asli yang dibaca 2 harakat pada semua keadaan sama ada ketika wasal, waqaf, di pertengahan atau akhir kalimah.

Mad asli dikenali dengan dua tanda berikut:
i.                    Huruf mad ا و ي yang tiada sebarang tanda atau baris.
قِيلَ                قُولُواْ                 قَالَ
ii.                 Tanda alif kecil (ا), wau kecil (و) atau ya kecil .
إِۦلَٰفِهِمۡ               إِنَّهُۥ                 أَغۡنَىٰ

Perhatian:
a. Tanda sifir mustadir bukanlah tanda huruf mad asli, tetapi tanda huruf tambahan yang ada pada tulisan tapi diabaikan dalam bacaan; sama ada ketika wasal atau waqaf.
تَصۡبِرُواْ         وَتَتَّقُواْ      قَوَارِيرَاْ     أُوْلَٰٓئِك
b. Tanda sifir mustathil pula adalah tanda huruf yang diabaikan ketika wasal tetapi dibaca ketika waqaf dengan mad asli.
لَّٰكِنَّا۠         ٱلظُّنُونَا۠         ٱلسَّبِيلَا۠        أَنَا۠
c. Huruf lam pada Lafaz Jalalah adalah sebahagian dari hukum mad asli, walaupun tiada tanda alif kecil di atas huruf lam tersebut. Ini adalah untuk membezakan Lafaz Jalalah dengan kalimah Al-Lata.
ٱللَّٰتَ  AnNajm:19                ٱللَّهُ
d. Mad Asli yang terdapat pada huruf ringkas di awal surah juga dibaca dengan 2 harakat. Dikenali sebagai Mad Asli Harfi.
يسٓ      حمٓ   طه