BACAAN GHORIB DAN MUSYKILAT

G horib ertinya asing.
Bacaan ghorib adalah bacaan asing, iaitu bacaan yang tidak sebagaimana biasanya sehingga ditakuti akan salah dalam membacanya.

Musykilat adalah cara bacaan yang berbeza dengan tulisan pada ayat. Bacaan dua wajah adalah sebahagian daripada bacaan musykilat.

Harus diingatkan bahawa bacaan ghorib dan musykilat ini berbeza diantara qiraat-qiraat dan juga berbeza diantara toriq-toriq yang berlainan walaupun toriq-toriq tersebut di bawah qiraat yang sama.

Adalah dilarang mencampur adukkan hukum bacaan gharib dan musykilat yang berbeza ini di dalam bacaan. Justeru itu, orang awam disaran untuk menguasai toriq Ash-Shatibiyyah kerana itulah cara penandaan Al-Quran rasm Uthmani yang terdapat di Malaysia.

Insyaallah, blog ini akan menerangkan bacaan ghorib dan musykilat melalui toriq Asy-Syatibiyyah menurut riwayat Hafs 'An 'Ashim' yang juga dikenali sebagi toriq Tawassut Munfasil (membaca mad munfasil dengan kadar sederhana iaitu 4 atau 5 harakat).