IBTIDA’

I btida' bermaksud memulakan bacaan sama ada selepas waqaf atau qat’u.

Dituntut membaca isti’azah sekiranya memulakan bacaan selepas qat’u. Tidak perlu membaca isti’azah selepas waqaf.

Sebaik-baik ibtida’ adalah dari permulaan ayat. Sekiranya memilih untuk memulakan dari pertengahan ayat, hendaklah diperhatikan tiada kerosakkan pada lafaz dan makna ayat.

Tidak harus memulakan bacaaan dengan isi pembicaraan orang-orang kafir atau munafik kecuali dibaca juga tuan punya bicara. Contoh seperti ayat di bawah:

"Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir)"

Sekiranya waqaf di pertengahan ayat, hendaklah diperhatikan kalimah yang sesuai untuk memulakan bacaan. Sekiranya tidak pasti, hendaklah mengulang sekurang-kurangnya satu kalimah sebelum kalimah yang diwaqafkan tadi.