HAMZAH WASAL

H amzah Wasal adalah huruf tambahan di awal kalimah yang hanya dibaca ketika di permulaan bacaan dan digugurkan bacaannya jika disambung dengan kalimah sebelumnya.
Dikenali dengan tanda kepala huruf ﺺ di atasnya.

Bacaan hamzah wasal dimulakan dengan baris berikut mengikut keadaan yang berlaku:

Hamzah wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariyyah dan Alif Lam Syamsiyyah hendaklah dibaca dengan baris atas (fath) jika dimulakan bacaan dengannya.

Kecuali pada ayat: Al Hujurat:11 yang dimulakan dengan لِسْم atau اَلِسْم.
Jika huruf ketiga pada perkataan katakerja berbaris dhommah, maka hamzah wasal akan didhommahkan.

Jika huruf ketiga pada perkataan katakerja berbaris fathah atau kasrah, maka hamzah wasal akan dikasrahkan.





Tujuh katanama yang hamzah wasal yang dikasrahkan.
Empat katakerja yang hamzah wasal yang dikasrahkan.
Semua sebelas perkataan di atas hendaklah dihafal kerana itulah cara sebutan perkataan-perkataan itu mengikut tatabahasa Arab.
Tiada MP3 kerana lazimnya kalimah-kalimah ini dibaca secara wasal dari kalimah sebelumnya.
Hamzah Wasal yang Diikuti dengan Huruf Hamzah sebagai Huruf Kedua
1. Jika rumah hamzah itu berbentuk ya, maka hamzah wasalnya dimulakan dengan menukar hamzah kedua kepada huruf ya dengan mad dua harakat. 
2. Jika rumah hamzah itu berbentuk wau, maka hamzah wasalnya dimulakan dengan menukar hamzah kedua kepada huruf wau dengan mad dua harakat.
Lazimnya hanya ayat 4 Surah Al-Ahqaf sahaja yang dibaca begini. Kalimah-kalimah lain dibaca secara wasal dari kalimah sebelumnya.