IDGHAM MUTAJANISAIN

I dgham Mutajanisain  : Pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya.


Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ب bertemu م .

Diabaikan huruf yang pertama dan dibaca huruf yang kedua secara bertasydid.

Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ﺚ  ﺬ  ﻇ bertemu secara satu hala.

Wajib idgham sama ada kamil atau naqis apabila apabila huruf ﺪ  ﺕ  ﻃ (sama makhraj tetapi berlainan sifat) bertemu secara dua hala.

Cara bacaan adalah dengan melihat sama ada terdapat tanda sabdu pada huruf kedua atau tidak.

Cara idgham kamil:
menggabungkan huruf pertama ke dalam huruf kedua dengan melenyapkan semua makhraj dan sifat huruf pertama. Maka yang jelas kedengaran adalah huruf kedua yang bersabdu.

Cara idgham naqis:
menggabungkan huruf ﻃ ke dalam huruf ﺕ dengan melenyapkan makhraj ﻃ sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqolah. Maka suara tebal (tafkhim) huruf ﻃ dikekalkan semasa menggabungkan huruf ﻃ ke dalam huruf ﺕ.