IDGHAM MUTAQORIBAIN

Idgham Mutaqoribain : Pertemuan dua huruf yang berhampiran pada makhraj tetapi berbeza pada dan sifatnya.

Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ﻞ bertemu ﺮ (hampir pada makhraj dan sifat-sifatnya) tetapi tidak didengungkan.

Diabaikan huruf yang pertama dan dibaca huruf yang kedua secara bertasydid.

2. Wajib idgham secara kamil atau naqis apabila huruf ﻖ bertemu ك (hampir pada makhraj tetapi berlainan pada sifat). Namun, bacaan idgham kamil lebih baik di sisi kebanyakan qurra’.

Cara idgham kamil: menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك dengan melenyapkan semua makhraj dan sifat huruf ﻖ. Maka yang kedengaran jelas adalah huruf ك yang bersabdu.

Cara idgham naqis: menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك dengan melenyapkan makhraj ﻖ sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqolah. Maka suara tebal (tafkhim) huruf ﻖ dikekalkan semasa menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك.