HURUF-HURUF ISTIFAL YANG SENTIASA DIBACA TIPIS

Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah.
ب ت ث ج ح د ذ ز س ش ع ف ك م ن ه و ي ء

Ketika menyebut huruf-huruf ini, lidah hendaklah direndahkan dan berada dalam keadaan mendatar.

Kesalahan sering berlaku apabila huruf istifal berada bersebelahan dengan huruf isti’la’ iaitu sama ada kedua-dua huruf ditebalkan atau ditipiskan.

Contoh-contoh perkataaan yang perlu diperhatikan sebutannya.
1.     Huruf mim yang sentiasa ditipiskan:
مَخۡمَصَةٍ              مَرَضٗاۖ
2.     Huruf ba yang sentiasa ditipiskan:
 وَبَرۡقٞ        بَطَلَ       فَثَبَّطَهُمۡ
3.     Huruf Ha yang sentiasa ditipiskan:
أَحَطتُ       حَصۡحَصَ        ٱلۡحَقُّ
4.     Huruf sin yang sentiasa ditipiskan:

 مَسۡطُورٗا        قِرۡطَاسٖ       أَقۡسَطُ