TARQIQ DAN TAFKHIM

T arqiq bermaksud menipiskan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut ringan pada makhraj dan lemah pada sifat-sifatnya.

Tafkhim bermaksud menebalkan sebutan sesuatu huruf, iaitu menjadikan sebutan huruf tersebut berat pada makhraj dan kuat pada sifat-sifatnya. 


Huruf-huruf istifal hendaklah sentiasa dibaca tipis dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. 

Huruf-huruf isti’la’ hendaklah sentiasa dibaca tebal dalam semua keadaan fathah, kasrah dan dhommah. 

Huruf-huruf alif yang dipanjangkan, ﺮ dan ﻞ mempunyai hukum tebal dan tipis yang tersendiri dan akan dibahaskan kemudian.