LAM SAKINAH PADA LAM TAKRIF

L am Sakinah Pada Lam Takrif : Iaitu lam sakinah pada pangkal kata nama; didahului oleh hamzah wasal yang dibariskan dengan fathah apabila memulakan bacaan.

Terdapat dua hukum bagi Lam Sakinah Pada Lam Takrif.


1. Apabila bertemu dengan huruf-huruf Qamariyyah, hendaklah dibaca degan jelas (izhar) huruf lam tersebut dengan memelihara sifat tawassut dan tidak meleretkan atau melantunkan sebutan huruf lam tersebut.

Huruf-hurufnya: 
14 huruf yang terdapat pada rangkai kata ابغ حجك وخف عقيمه

Terdapat tanda kepala ص di atas huruf alif dan tanda sukun di atas huruf lam serta tiada tanda sabdu di atas huruf qamariyyah yang berikutnya.


2. Apabila bertemu dengan huruf-huruf Syamsiyyah, hendaklah dibaca dengan memasukkan (idgham) huruf lam itu ke dalam huruf yang berikutnya. 

Huruf-hurufnya:
14 huruf     ل ن ظ ط س ش ص ض ز ر ذ د ث ت

Terdapat tanda kepala ص di atas huruf alif dan tiada apa-apa tanda di atas huruf lam serta terdapat tanda sabdu di atas huruf syamsiyyah selepasnya.