TINGKATAN GHUNNAH

T ingkatan Ghunnah : Terdapat empat tingkatan ghunnah seperti berikut: 

  1. Ghunnah yang sempurna berlaku pada setiap huruf nun dan mim yang bersabdu (sama ada pada keadaan wasal atau waqaf) dan pada huruf nun dan mim yang diidghamkan.
  2. Ghunnah yang secukupnya berlaku pada huruf nun dan mim yang diikhfa’kan. Tahap ghunnah ini hanyalah sekadar untuk menyembunyikan huruf nun dan mim tersebut dan lebih singkat masanya daripada ghunnah yang sempurna. 
  3. Manakala pada hukum izhar halqi dan syafawi, kadar ghunnah adalah sekadar mera’ikan sifat tawassut sahaja.
  4. Sifat ghunnah tetap wujud pada huruf nun dan mim yang berbaris kerana sebahagian suara huruf-huruf tersebut keluar dari pangkal hidung
Ghunnah hendaklah ditipiskan atau ditebalkan mengikut tingkatan tafkhim huruf yang datang selepasnya.