IZHAR SYAFAWI

I zhar Syafawi  : Mengeluarkan sebutan huruf daripada makhrajnya tanpa tambahan pada dengung

Huruf-hurufnya: 26 huruf selain dari huruf mim (م) dan ba (ب).

Dikenali dengan melihat pada mim yang bertanda sukun di atasnya bertemu dengan kesemua huruf hijaiyyah yang berbaris melainkan huruf 
mim (م) dan ba (ب).

Merapatkan kedua-dua bibir dan dan membawa suara ke pangkal hidung sekadar untuk mera’ikan sifat tawassut.


Perlu diperhatikan:
Hendaklah berhati-hati apabila huruf mim sakinah bertemu dengan huruf: 
و     dan   ف 
agar tidak membunyikannya secara ikhfa’ kerana makhraj huruf و  sama dengan makhraj huruf م dan makhraj huruf ف  berhampiran dengan makhraj huruf م.