SIFAT HURUF TUNGGAL

Sifat huruf tunggal:

12. Qalqalah bunyi lantunan suara kerana gegaran yang kuat semasa menyebut hurufnya dan dilepaskan dalam masa yang singkat.
1. Qalqalah Sughra – suara terlantun dengan jelas ketika mematikan huruf qalqalah di tengah perkataan atau ayat.
2. Qalqalah Kubra – suara terlantun dengan lebih jelas ketika mewaqafkan huruf qalqalah di akhir ayat.
Sekiranya terdapat sabdu pada huruf yang diwaqafkan itu, hendaklah diidghamkan dengan sempurna huruf tersebut sebelum berlakunya qalqalah.
ﺪ ﻃ ﺝ ﻖ ﺏ
13. Sofir menyebut hurufnya dengan bunyi berdesir yang kuat.  
ﺯ ﺺ ﺲ
14. Tafasyi menyebut hurufnya dengan angin berhamburan antara gigi depan dan lelangit atas.  
15. Istitolah makhraj hurufnya berpanjangan di bahagian tepi lidah.  
16. Inhiraf menyebut huruf dengan melenturkan lidah.  
ﺮ ﻞ
17. Takrir hujung lidah bergetar semasa hurufnya disebut.  
18. Lin suara yang mengalun lembut semasa melafazkan hurufnya yang sukun sebelumnya huruf berbaris fathah. ﻮ    ﻱ  
19. Ghunnah suara dengung yang keluar dari pangkal hidung.   ﻥ    ﻢ