SIFAT HURUF BERLAWANAN

Sifat yang berlawanan (berpasangan)

Nafas 1. Hams
Terlepas nafas ketika menyebut huruf kerana terbukanya tekak dan tekanan yang lemah pada makhrajnya.

Huruf-hurufnya:
ف ح ث ه ش خ ص س ك ت
2. Jahr
Tertahan nafas ketika menyebut huruf kerana tertutupnya tekak dan tekanan yang kuat pada makhrajnya.

Baki 18 huruf yang lain
Suara 3. Syiddah
Tertahan suara ketika menyebut huruf kerana tertutup makhrajnya.

Huruf-hurufnya:
ﺀ ج د ق ط ب ك ت
4. Tawassut
Menyebut hurufnya dengan sederhana - tidak terlalu tertahan dan tidak terlalu terlepas - kerana makhrajnya tidak tertutup atau terbuka sepenuhnya.

Huruf-hurufnya:
ل ن ع م ر
5. Rakhawah
Terlepas suara kerana terbuka makhrajnya.

Huruf-hurufnya:
ث ح خ ﺬ ز س ش ص ض ظ غ ف و ه ي
Terangkat suara 6. Isti’la’
Suara terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan meninggikan pangkal lidah serta menjatuhkan rahang ke bawah.

Huruf-hurufnya:
ص ض ط ظ ق غ خ
7. Istifal
Suara tidak terangkat ke lelangit ketika menyebut huruf dengan merendahkan pangkal lidah serta rahang berada di kedudukan biasa.

Baki 21 huruf yang lain
Himpit/ Buka 8. Ithbaq
Meninggikan pangkal lidah ke lelangit lembut ketika menyebut huruf yang menyebabkan suara terhimpit antara kedua-duanya.

Huruf-hurufnya:
ص ض ط ظ
9. Infitah
Menjauhkan pangkal lidah dari lelangit lembut ketika menyebut huruf dan melepaskan suara dengan lapang dan terbuka.

Baki 24 huruf yang lain
Lancar/ Tersekat 10. Izlaq
Menyebut huruf dengan mudah dan lancar kerana makhraj hurufnya keluar daripada pinggir lidah atau bibir.

Huruf-hurufnya:
ف ر م ن ل ب
11. Ismat
Sebutan huruf tidak lancar kerana makhraj hurufnya jauh dari pinggir lidah atau bibir.

Baki 21 huruf yang lain