I
dgham Mutamathilain
: pertemuan antara dua huruf yang sama makhraj dan sifat; yang satu mati dan yang satu berbaris.
Wajib idgham kamil apabila dua huruf yang sama bertemu, iaitu wajib digabungkan huruf pertama yang sukun ke dalam huruf yang berbaris dengan sempurna; seolah-olah huruf pertama tiada dalam bacaan.
PENGECUALIAN:
1. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf yang serupa dengannya berbaris, maka hendaklah dibaca dengan hukum mad asli dan tidak boleh digabungkan huruf mad kepada huruf serupa yang berbaris selepasnya.
2. Apabila pertemuan berlaku pada perkataan yang harus dibaca dengan saktah, maka boleh dibaca secara saktah atau idgham kamil.