afaz isti’azah
bukan dari ayat al-Quran. Hukum membacanya adalah sunat yang sangat dituntut
ketika hendak memulakan bacaan dalam setiap keadaan; sama ada di awal atau di
pertengahan surah.
فَإِذَا قَرَأۡتَ ٱلۡقُرۡءَانَ
فَٱسۡتَعِذۡ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَٰنِ ٱلرَّجِيمِ
Apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (AnNahl: 98)
Apabila kamu membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. (AnNahl: 98)
Lafaz yang masyhur adalah lafaz yang diucapkan oleh
malaikat Jibrail:
أعوذ بالله من الشيطان
الرجيم
Diharuskan membaca mana-mana lafaz yang seumpamanya:
أعوذ بالله العظيم من
الشيطان الرجيم
أعوذ بالله من الشيطان
أعوذ بالله السميع
العليم من الشيطان الرجيم
Lafaz isti’azah hendaklah dilantangkan
kecuali pada beberapa keadaan:
1. ketika di dalam solat bagi imam dan makmum
2. ketika membaca al-Quran secara perlahan
3. ketika di dalam halaqah tadarus sekiranya bukan
pembaca yang pertama.
Sekiranya bacaan terputus dengan tidak sengaja
(batuk, menguap atau bersin) atau dengan perkara berkaitan dengan al-Quran
(menerangkan hukum tajwid atau memberikan tafsir ayat), maka tidak perlu
mengulangi isti’azah.
Sekiranya bacaan terputus dengan perkara yang
tidak berkaitan dengan al-Quran (menjawab salam, bercakap dan lain-lain), maka
hendaklah mengulangi isti’azah.