Maknanya:
Dari segi bahasa bermaksud memperelokkan.
Kata Ibnu al Jazari dalam Muqaddimah al Jazariyyah:
وهو إعطاء الحروف حقها * من صفة لها ومسـتحقها
“Ilmu yang menunaikan hak pada setiap huruf dan
memenuhi sifat huruf-huruf tersebut.”
Makna حقه: Sifat yang lazim bagi sesuatu huruf seperti sifat jahr, syiddah
dan sebagainya.
Makna ومستحقه: Sifat mendatang yang muncul dari sifat huruf itu
sendiri seperti sifat tebal, tipis, izhar, idgham, iqlab dan sebagainya.
Imam al-Suyūṭī
berkata:
Menyebut
huruf-huruf menurut sifat asalnya satu persatu dan melafazkan setiap huruf itu dengan
lafaz yang betul dan menuturkannya secara sempurna; bukan dengan paksaan,
tergesa-gesa atau berlebih-lebihan.
Hukumnya:
Di dalam
kitab Hidāyatul Mustafīd (هداية المستفيد في أحكام التجويد):
التجويد لا خلاف في أنه فرض كفاية والعمل به فرض عين
على كل مسلم ومسلمة من المكلفين
“Tiada khilaf mempelajarinya adalah fardhu kifayah.
Beramal dengannya adalah fardhu ain atas setiap orang Islam yang mukallaf
samada lelaki atau perempuan.”
Saidina Ali
ditanya tentang makna tartil lalu beliau menjawab:
تجويد الحروف ومعرفة الوقوف
“Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui
tempat waqaf.”
Tujuannya:
Dapat membaca
ayat al-Quran secara betul; sesuai dengan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW
dan dapat memelihara lisan dari kesalahan ketika membaca al-Quran.
Jenis-jenis
kesalahan:
Kesalahan
nyata (لحن جلي): Kesalahan yang mengubah bacaan; sama ada
perubahan itu membawa makna lain atau tidak. Diantaranya adalah:
1. menambah huruf seperti memanjangkan huruf yang tiada mad atau membaca mad asli lebih daripada 2 harakat.
2. membuang huruf seperti membaca mad asli kurang dari 2 harakat atau tidak menekankan huruf yang bersabdu.
3. mengubah huruf seperti membaca huruf ظ tanpa
sifat isti’la’ dan itbaq; menyebabkan ia bertukar menjadi huruf ذ.
4. mengubah baris huruf seperti melantunkan huruf ن ketika membaca
dan mengubah
baris sukun kepada fathah
.
Waqaf atau ibtida’
bukan pada tempatnya; sekiranya ianya mengubah maksud ayat, juga termasuk di
dalam kesalahan nyata.
Hukumnya
haram dan berdosa pada sesiapa yang sengaja melakunya dan kepada sesiapa yang tidak
berusaha membetulkannya. Adapun orang yang tidak dapat membetulkannya setelah
berusaha, maka dimaafkan dan sah solat bagi dirinya sendiri. Tetapi tidak
seharusnya dia menjadi imam solat dan memperdengarkan bacaannya di khalayak
ramai.
Kesalahan
tersembunyi (لحن خفي): Kesalahan pada sifat-sifat mendatang huruf seperti
ikhfa’, idgham, dan lain-lain. Kesalahan-kesalahan ini hanya dapat dikesan oleh
mereka yang mahir dalam ilmu tajwid.
Hukumnya
makruh dan mengaibkan kerana menghilangkan keindahan bacaan al-Quran.
Tingkatan
Bacaan Al-Quran
1. At-Tahqeeq: Bacaan perlahan dan tenang; melafazkan
setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat; mematuhi hukum-hukum tajwid dengan
sempurna; serta merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat.
2. Al-Hadar: Bacaan yang cepat serta memelihara
hukum-hukum tajwid.
3. At-Tadwir: Bacaan yang pertengahan antara bacaan
tahqeeq dan hadar, serta memelihara hukum-hukum tajwid.
Ketiga-tiga tingkatan
bacaan ini dianggap sebagai bacaan tartil sekiranya dibaca dengan menjaga dan
memelihara hukum-hukum tajwid.