HUKUM NUN MATI DAN TANWIN

N un Sakinah adalah nun sukun yang tidak berbaris atau dikenali sebagai nun mati. Suara hurufnya keluar dari pangkal hidung dan menghasilkan bunyi dengung.

Tanwin adalah baris dua sama ada di atas, di bawah atau di hadapan. Tanwin menghasikan suara nun sakinah walaupun nun tersebut tidak kelihatan pada tulisan.

Nun sakinah boleh bertemu dengan semua 28 huruf pada satu atau dua perkataan serta kekal pada tulisan dan bacaan dalam keadaan wasal atau waqaf.

Tanwin pula boleh bertemu dengan semua 28 huruf pada dua perkataan sahaja dan hanya ada pada bacaan ketika wasal.

Hukum-hukum nun mati adalah seperti berikut:
Izhar Halqi
Izhar Mutlaq
Idgham Bi Ghunnah
Iqlab
Idgham Bi La Ghunnah
Ikhfa' Haqiqi