H
ukum ra’
adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra’ dalam bacaan; sama ada tebal (tafkhim), tipis (tarqiq) atau harus dua wajah (boleh ditebalkan atau ditipiskan).
Empat keadaan huruf ro ر yang mesti ditipiskan:
RA' JAWAZUL WAJHAIN
H
ukum ra’
adalah hukum bagaimana membunyikan huruf ra’ dalam bacaan; sama ada tebal (tafkhim), tipis (tarqiq) atau harus dua wajah (boleh ditebalkan atau ditipiskan).
Lima keadaan huruf ro ر yang boleh ditebalkan atau ditipiskan:

IDGHAM MUTAMATHILAIN
I
dgham Mutamathilain
: pertemuan antara dua huruf yang sama makhraj dan sifat; yang satu mati dan yang satu berbaris.
Wajib idgham kamil apabila dua huruf yang sama bertemu, iaitu wajib digabungkan huruf pertama yang sukun ke dalam huruf yang berbaris dengan sempurna; seolah-olah huruf pertama tiada dalam bacaan.
PENGECUALIAN:
1. Apabila huruf mad bertemu dengan huruf yang serupa dengannya berbaris, maka hendaklah dibaca dengan hukum mad asli dan tidak boleh digabungkan huruf mad kepada huruf serupa yang berbaris selepasnya.
2. Apabila pertemuan berlaku pada perkataan yang harus dibaca dengan saktah, maka boleh dibaca secara saktah atau idgham kamil.

IDGHAM MUTAQORIBAIN
Idgham Mutaqoribain
: Pertemuan dua huruf yang berhampiran pada makhraj tetapi berbeza pada dan sifatnya.
Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ﻞ bertemu ﺮ (hampir pada makhraj dan sifat-sifatnya) tetapi tidak didengungkan. Diabaikan huruf yang pertama dan dibaca huruf yang kedua secara bertasydid. |
|
2. Wajib idgham secara kamil atau naqis apabila huruf ﻖ bertemu ك (hampir pada makhraj tetapi berlainan pada sifat). Namun, bacaan idgham kamil lebih baik di sisi kebanyakan qurra’. Cara idgham kamil: menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك dengan melenyapkan semua makhraj dan sifat huruf ﻖ. Maka yang kedengaran jelas adalah huruf ك yang bersabdu. Cara idgham naqis: menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك dengan melenyapkan makhraj ﻖ sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqolah. Maka suara tebal (tafkhim) huruf ﻖ dikekalkan semasa menggabungkan huruf ﻖ ke dalam huruf ك. |
IDGHAM MUTAJANISAIN
I
dgham Mutajanisain
: Pertemuan dua huruf yang sama makhrajnya tetapi berlainan sifatnya.
Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ب bertemu م .
Diabaikan huruf yang pertama dan dibaca huruf yang kedua secara bertasydid. |
|
Wajib idgham kamil apabila apabila huruf ﺚ ﺬ ﻇ bertemu secara satu hala. | |
Wajib idgham sama ada kamil atau naqis apabila apabila huruf ﺪ ﺕ ﻃ (sama makhraj tetapi berlainan sifat) bertemu secara dua hala.
Cara bacaan adalah dengan melihat sama ada terdapat tanda sabdu pada huruf kedua atau tidak. Cara idgham kamil: menggabungkan huruf pertama ke dalam huruf kedua dengan melenyapkan semua makhraj dan sifat huruf pertama. Maka yang jelas kedengaran adalah huruf kedua yang bersabdu. Cara idgham naqis: menggabungkan huruf ﻃ ke dalam huruf ﺕ dengan melenyapkan makhraj ﻃ sahaja dan mengekalkan sifat-sifatnya melainkan qalqolah. Maka suara tebal (tafkhim) huruf ﻃ dikekalkan semasa menggabungkan huruf ﻃ ke dalam huruf ﺕ. |
HAMZAH WASAL
H
amzah Wasal adalah huruf tambahan di awal kalimah yang hanya dibaca ketika di permulaan bacaan dan digugurkan bacaannya jika disambung dengan kalimah sebelumnya.
Dikenali dengan tanda kepala huruf ﺺ di atasnya.
Bacaan hamzah wasal dimulakan dengan baris berikut mengikut keadaan yang berlaku:

Hamzah wasal yang terdapat pada Alif Lam Qamariyyah dan Alif Lam Syamsiyyah hendaklah dibaca dengan baris atas (fath) jika dimulakan bacaan dengannya. Kecuali pada ayat: Al Hujurat:11 yang dimulakan dengan لِسْم atau اَلِسْم. |
![]() |
|
Jika huruf ketiga pada perkataan katakerja berbaris dhommah, maka hamzah wasal akan didhommahkan. Jika huruf ketiga pada perkataan katakerja berbaris fathah atau kasrah, maka hamzah wasal akan dikasrahkan. |
![]() ![]() |
|
Tujuh katanama yang hamzah wasal yang dikasrahkan.
Empat katakerja yang hamzah wasal yang dikasrahkan.
Semua sebelas perkataan di atas hendaklah dihafal kerana itulah cara sebutan perkataan-perkataan itu mengikut tatabahasa Arab.
|
Tiada MP3 kerana lazimnya kalimah-kalimah ini dibaca secara wasal dari kalimah sebelumnya.
| |
Hamzah Wasal yang Diikuti dengan Huruf Hamzah sebagai Huruf Kedua
1. Jika rumah hamzah itu berbentuk ya, maka hamzah wasalnya dimulakan dengan menukar hamzah kedua kepada huruf ya dengan mad dua harakat.
2. Jika rumah hamzah itu berbentuk wau, maka hamzah wasalnya dimulakan dengan menukar hamzah kedua kepada huruf wau dengan mad dua harakat. |
Lazimnya hanya ayat 4 Surah Al-Ahqaf sahaja yang dibaca begini. Kalimah-kalimah lain dibaca secara wasal dari kalimah sebelumnya.
|
HAMZAH QAT'U
H
amzah Qat'u adalah huruf hamzah asli yang terdapat pada kalimah dan dibaca ketika di permulaan bacaan dan jika disambung dengan kalimah sebelumnya.
Dikenali dengan adanya tanda baris pada huruf hamzah tersebut. Hamzah qat'u boleh menerima semua jenis baris (fathah, kasrah, dhommah, tanwin dan sukun) dan boleh ditemui dalam semua keadaan sama ada di awal, pertengahan atau akhir kalimah.

PERTEMUAN DUA SUKUN
P
ertemuan Dua Sukun
: juga dikenali dengan Nun Wasal atau Nun Wiqaayah atau Nun 'Iwadh.
Berlaku ketika dua perkataan terhalang untuk diwasalkan bacaan kerana terdapat dua huruf yang sukun di antara kedua perkataan tersebut. Dua sukun ini pula mempunyai hamzah wasal di tengah-tengahnya.
Apabila tanwin (baris dua) bertemu dengan Alif Lam ( ال ) atau Hamzah Wasal ( ا ), hendaklah dipisahkan bunyi nun dari tanwin tersebut dengan membuang satu baris dari tanwin tersebut dan dikasrahkan nun tersebut.
Contoh:
Pertemuan dua sukun juga terdapat di dalam ayat-ayat berikut:

Al-Baqarah: 180 | ||
---|---|---|
Ibrahim: 18 | ||
Kahf : ayat 88
|
| |
An-Najm: 50
|
||
Al-Jumu’ah : 11
|
Pertemuan dua sukun juga terdapat di dalam ayat-ayat berikut:
AlBaqarah:61 dan 180 | Maryam:7 dan 61 | Ghafir:8 |
---|---|---|
AnNisa':171 | AlHaj:11 (ada dua pertemuan dalam satu ayat) |
Al Jatsiyah:9 |
AlA'raf:8, 158, 164 & 177 | AlMu'minun:38 | Al-Qamar:50 |
AtTaubah:24 & 30 | AnNur:35 | AlHadid:28 |
Ibrahim:18 | AlFurqan:4 dan 26 | AlJummuah:11 |
AlHijr: 61 | AsySyu'ara':105, 123 &160 | AlQiyamah:12 & 30 |
AnNahl:27 | Saba':31 | AlHumazah:1-2 |
AlKahf:88 | Ash-Shaffat:6 | AlIkhlas:1-2 |
WAQAF
A
pabila Saidina Ali r.a. ditanya tentang maksud membaca alQuran dengan tartil, beliau menjawab:
“Mengelokkan sebutan setiap huruf dan mengetahui tempat waqaf.”
Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang betul akan memberi makna yang tepat pada satu-satu ayat. Berhenti dan memulakan bacaan pada tempat yang salah akan merosakkan makna pada satu-satu ayat.
WAQAF bererti memutuskan suara dan mengambil nafas baru untuk memulakan bacaan yang berikutnya.
Harus waqaf pada akhir ayat iaitu pada huruf yang terakhir pada kalimah terakhir dalam ayat tersebut. Harus juga waqaf pada mana-mana kalimah di pertengahan ayat - selagi mana tiada perkara yang menegah untuk berhenti; tetapi tidak harus waqaf pada pertengahan kalimah.
Berkata Imam Al Jazari:
SEBAB-SEBAB WAQAF
1. Sebab Idhtirari
Waqaf kerana terpaksa (terputus nafas, bersin dan sebagainya).
2. Sebab Ikhtiari
Waqaf kerana hendak menguji pengetahuan murid oleh guru yang mengajar.
3. Sebab Intizori
Waqaf untuk menunggu beberapa wajah bacaan Qiraat yang terdapat pada satu-satu ayat itu.
4. Sebab Ikhtiari
Waqaf kerana pembaca memilih untuk berhenti.
Semua sebab-sebab waqaf di atas adalah diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan hendaklah dimulakan semula dengan memelihara makna dan maksud ayat; sekurang-kurangnya dengan mengulangi satu atau dua kalimah sebelum kalimah yang dia telah berhenti padanya.

وَلَيْسَ فِي الْقُرْآنِ مِنْ وَقْفٍ يَجِبْ ... وَلاَ حَرَامٌ غَيْرُ مَا لَهُ سَبَب
"Dan tiada di dalam alQuran itu waqaf yang wajib, tiada juga yang haram kecuali jika ada sebab."
SEBAB-SEBAB WAQAF
1. Sebab Idhtirari
Waqaf kerana terpaksa (terputus nafas, bersin dan sebagainya).
2. Sebab Ikhtiari
Waqaf kerana hendak menguji pengetahuan murid oleh guru yang mengajar.
3. Sebab Intizori
Waqaf untuk menunggu beberapa wajah bacaan Qiraat yang terdapat pada satu-satu ayat itu.
4. Sebab Ikhtiari
Waqaf kerana pembaca memilih untuk berhenti.
Semua sebab-sebab waqaf di atas adalah diharuskan. Sebaik-baiknya bacaan hendaklah dimulakan semula dengan memelihara makna dan maksud ayat; sekurang-kurangnya dengan mengulangi satu atau dua kalimah sebelum kalimah yang dia telah berhenti padanya.
JENIS-JENIS WAQAF
B
erkata Imam Al-Jazari:
1. Waqaf Tam (sempurna)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya, dan tidak ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Waqaf pada kalimah sebegini dianggap berhenti yang sempurna dan memulakan bacaan dari kalimah berikutnya juga dianggap sempurna.
Waqaf tam boleh ditemui:
a. di akhir ayat yang mempunyai tanda nombor – juga disebut Waqaf Sunnah kerana cara bacaan Nabi s.a.w. yang berhenti di setiap ayat.
b. di akhir perbicaraan atau cerita di dalam ayat.
c. pada waqaf lazim yang bertanda mim kecil (
) – juga dipanggil waqaf bayan kerana maksud ayat akan lebih terserlah jika berhenti padanya.
d. pada waqaf Jibril – waqaf yang yang Jibril a.s. berhenti padanya dan Nabi s.a.w. juga turut sama berhenti padanya. Para Qurra’ berselisih pendapat tentang jumlah dan tempat bagi waqaf Jibril ini.
2. Waqaf Kafi (memadai)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya tetapi masih ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut makna; bukan dari sudut lafaz.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan memulakan bacaan dari perkataan berikutnya juga diharuskan.
Waqaf Kafi boleh ditemui di akhir atau pertengahan ayat.
3. Waqaf Hasan (baik)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan diharuskan memulakan bacaaan dari kalimah berikutnya sekiranya waqaf Hasan itu di akhir ayat kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w.
Sekiranya waqaf Hasan itu di pertengahan ayat, hendaklah dimulakan bacaan dari beberapa kalimah sebelumnya untuk melengkapkan susunan ayat.
Begitu juga tidak harus untuk memutuskan bacaan pada waqaf Hasan ini sekiranya menyebabkan maksud sebenar ayat tidak terserlah.
4. Waqaf Qabih (buruk)
Berhenti pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
Tidak harus berhenti pada kalimah-kalimah seperti ini melainkan terdesak dan hendaklah dimulakan bacaan dari satu atau dua kalimah sebelumnya.
Waqaf Qabih berlaku sekiranya:
a. Berhenti pada kalimah yang belum lengkap dari segi tatabahasa Arab.
b. Berhenti pada kalimah yang merosakkan maksud ayat.
c. Berhenti pada kalimah yang membawa makna yang biadap terhadap Allah.
5. Waqaf Haram
Waqaf yang sengaja dalam keadaan sedar pada kalimah-kalimah yang boleh menggugurkan syahadah.
Waqaf pada perkataan-perkataan seperti ini hendaklah dihindari walaupun bagi orang yang tidak mengetahuinya.
فاللفـظ أن تم ولا تعـلقا تَام وكاف إن بمعنى عـلقا
قف وابتدى وإن بلفظ فحسن فقف ولا تبدا سوى الأي يسن
وغير مـا تم قبـيح ولـه يوقف مضطرا ويبـدا قبله
"Maka lafaz yang sudah sempurna dan tiada kaitan adalah waqaf Tam dan waqaf Kaf jika mempunyai kaitan makna.
Waqaflah dan mulakanlah dan jika mempunyai kaitan dengan lafaz (maka ia adalah) waqaf Hasan, waqaflah dan jangan memulakan bacaan melainkan dimulakan dengan kalimah sebelumnya.
Dan selain apa yang sempurna adalah waqaf Qobih dan baginya, boleh waqaf secara terdesak dan dimulakan dengan kalimah sebelumnya."
1. Waqaf Tam (sempurna)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya, dan tidak ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut lafaz dan makna.
Waqaf pada kalimah sebegini dianggap berhenti yang sempurna dan memulakan bacaan dari kalimah berikutnya juga dianggap sempurna.
Waqaf tam boleh ditemui:
a. di akhir ayat yang mempunyai tanda nombor – juga disebut Waqaf Sunnah kerana cara bacaan Nabi s.a.w. yang berhenti di setiap ayat.
b. di akhir perbicaraan atau cerita di dalam ayat.
c. pada waqaf lazim yang bertanda mim kecil (

d. pada waqaf Jibril – waqaf yang yang Jibril a.s. berhenti padanya dan Nabi s.a.w. juga turut sama berhenti padanya. Para Qurra’ berselisih pendapat tentang jumlah dan tempat bagi waqaf Jibril ini.
2. Waqaf Kafi (memadai)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna maknanya tetapi masih ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari sudut makna; bukan dari sudut lafaz.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan memulakan bacaan dari perkataan berikutnya juga diharuskan.
Waqaf Kafi boleh ditemui di akhir atau pertengahan ayat.
3. Waqaf Hasan (baik)
Berhenti pada kalimah yang telah sempurna makna pada dirinya tetapi makna dan lafaznya masih terikat dengan kalimah selepasnya.
Waqaf pada kalimah sebegini diharuskan dan diharuskan memulakan bacaaan dari kalimah berikutnya sekiranya waqaf Hasan itu di akhir ayat kerana mengikut sunnah Nabi s.a.w.
Sekiranya waqaf Hasan itu di pertengahan ayat, hendaklah dimulakan bacaan dari beberapa kalimah sebelumnya untuk melengkapkan susunan ayat.
Begitu juga tidak harus untuk memutuskan bacaan pada waqaf Hasan ini sekiranya menyebabkan maksud sebenar ayat tidak terserlah.
4. Waqaf Qabih (buruk)
Berhenti pada kalimah yang masih tidak sempurna maknanya dan ada kaitan dengan kalimah selepasnya dari segi lafaz dan makna.
Tidak harus berhenti pada kalimah-kalimah seperti ini melainkan terdesak dan hendaklah dimulakan bacaan dari satu atau dua kalimah sebelumnya.
Waqaf Qabih berlaku sekiranya:
a. Berhenti pada kalimah yang belum lengkap dari segi tatabahasa Arab.
b. Berhenti pada kalimah yang merosakkan maksud ayat.
c. Berhenti pada kalimah yang membawa makna yang biadap terhadap Allah.
5. Waqaf Haram
Waqaf yang sengaja dalam keadaan sedar pada kalimah-kalimah yang boleh menggugurkan syahadah.
Waqaf pada perkataan-perkataan seperti ini hendaklah dihindari walaupun bagi orang yang tidak mengetahuinya.
WAQAF PADA AKHIR PERKATAAN
T
erdapat 3 cara untuk berhenti di akhir perkataan:
1. Sukun Mahadh
Mematikan huruf akhir iaitu membunyikan suara huruf akhir itu tanpa baris.
Bagi perkataan yang diakhiri dengan huruf mad, hendaklah dikekalkan suara panjang mad tersebut. Bagi perkataan yang diakhiri dengan sabdu, hendaklah dikekalkan sifat-sifat huruf akhir tersebut; seperti sifat-sifat qalaqalah, hams, jahar, syiddah, ghunnah atau taqrir dan juga sifat tebal atau tipis huruf tersebut.
2. Raum
Melemahkan suara huruf terakhir itu; dengan meninggalkan sebahagian besar harakat huruf itu dan didengari oleh orang-orang yang berhampiran sahaja.
Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau kasrah sahaja. Sekiranya huruf akhirnya bertanwin, maka bunyi nun dihilangkan dan diwaqafkan dengan sebahagian harakat sahaja.
Tidak berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad kerana hukum raum menyerupai hukum wasal (dibaca 2 harakat sahaja).
3. Isymam
Memuncungkan dua bibir dengan ada ruang di antaranya untuk melepaskan udara tanpa mengeluarkan suara selepas mematikan huruf yang terakhir.
Diharuskan untuk huruf yang berbaris dhommah atau dhommatain sahaja. Berlaku mad ‘aridh lissukun jika didahului dengan huruf mad. Perhatian:
1. Sebutan raum dan isymam hendaklah dikuasai dengan mempelajarinya dengan kaedah talaqqi musyafahah.
2. Perkataan ta’ marbutah hanya harus diwaqafkan dengan sukun mahadh sahaja.
3. Raum dan isymam tidak berlaku pada mim jama' dan harakat aridhah (baris mendatang).
4. Terdapat perselisihan pendapat sama ada ha’ dhamir boleh diwaqafkan dengan raum dan isymam. Oleh itu lebih selamat jika ha’ dhamir diwaqafkan dengan sukun mahadh.

QAT’U
Q
at'u
bermaksud memutuskan bacaan dengan tujuan berhenti dengan sesuatu yang tiada kaitan dengan alQuran seperti menyelesaikan bacaan.
Sebaik-baiknya hendaklah memutuskan bacaan pada waqaf tam atau waqaf kafi kerana meraikan sempurnanya lafaz dan makna bacaan alQuran.
Tidak disukai untuk memutuskan bacaan di pertengahan ayat tanpa sebab kecuali terlupa semasa solat atau lain-lain perkara darurat.

IBTIDA’
I
btida'
bermaksud memulakan bacaan sama ada selepas waqaf atau qat’u.
Dituntut membaca isti’azah sekiranya memulakan bacaan selepas qat’u. Tidak perlu membaca isti’azah selepas waqaf.
Sebaik-baik ibtida’ adalah dari permulaan ayat. Sekiranya memilih untuk memulakan dari pertengahan ayat, hendaklah diperhatikan tiada kerosakkan pada lafaz dan makna ayat.
Tidak harus memulakan bacaaan dengan isi pembicaraan orang-orang kafir atau munafik kecuali dibaca juga tuan punya bicara. Contoh seperti ayat di bawah:
Sekiranya waqaf di pertengahan ayat, hendaklah diperhatikan kalimah yang sesuai untuk memulakan bacaan. Sekiranya tidak pasti, hendaklah mengulang sekurang-kurangnya satu kalimah sebelum kalimah yang diwaqafkan tadi.

BACAAN GHORIB DAN MUSYKILAT
G
horib ertinya asing.
Bacaan ghorib adalah bacaan asing, iaitu bacaan yang tidak sebagaimana biasanya sehingga ditakuti akan salah dalam membacanya.
Musykilat adalah cara bacaan yang berbeza dengan tulisan pada ayat. Bacaan dua wajah adalah sebahagian daripada bacaan musykilat.
Harus diingatkan bahawa bacaan ghorib dan musykilat ini berbeza diantara qiraat-qiraat dan juga berbeza diantara toriq-toriq yang berlainan walaupun toriq-toriq tersebut di bawah qiraat yang sama.
Adalah dilarang mencampur adukkan hukum bacaan gharib dan musykilat yang berbeza ini di dalam bacaan. Justeru itu, orang awam disaran untuk menguasai toriq Ash-Shatibiyyah kerana itulah cara penandaan Al-Quran rasm Uthmani yang terdapat di Malaysia.
Insyaallah, blog ini akan menerangkan bacaan ghorib dan musykilat melalui toriq Asy-Syatibiyyah menurut riwayat Hafs 'An 'Ashim' yang juga dikenali sebagi toriq Tawassut Munfasil (membaca mad munfasil dengan kadar sederhana iaitu 4 atau 5 harakat).

SAKTAH
S
aktah
bermaksud diam; berhenti sekadar 2 harakat tanpa memutuskan nafas, kemudian meneruskan bacaan dengan nafas yang sama.
Hanya berlaku pada keadaan wasal sahaja; tidak berlaku pada keadaan waqaf.
Boleh dikenali dengan tanda huruf sin kecil ( س ) yang terletak di atas huruf akhir kalimah.
Wajib saktah pada 4 empat sekiranya memilih untuk wasal:
Untuk ayat AlQiyamah:27 dan Muthofifin:14; lebih afdal diwasalkan berserta saktah.
Manakala pada ayat AlKahf:1 dan Yaasin:52 pun, adalah lebih afdal diwaqafkan.
Harus saktah pada 2 tempat sekiranya memilih untuk wasal:

AlQiyamah:27 Muthofifin:14 AlKahf:1 Yaasin:52
Untuk ayat AlQiyamah:27 dan Muthofifin:14; lebih afdal diwasalkan berserta saktah.
Manakala pada ayat AlKahf:1 dan Yaasin:52 pun, adalah lebih afdal diwaqafkan.
Harus saktah pada 2 tempat sekiranya memilih untuk wasal:
AlAnfal:75-AtTaubah: 1 sila rujuk Bab Isti’azah & Basmalah |
|
AlHaqqah:28-29 harus wasal dengah saktah atau idgham |
Subscribe to:
Posts (Atom)